mp3

Thursday, 29 March 2012

Kehidupan

hari hari yang berlalu terasa sama sahaja. Saban hari akan buat perkara yang sama sahaja. Tiada bezanya hari ini ,semalam dan besok dan tetap akan mengharungi juga. Kadang kadang terasa amat membosankan tatkala tiada sesuatu yang tercipta dalam sehari itu. Tetapi apakan daya hanya ini yang berlaku dalam kitaran hidup seharian lebih lebih lagi bila bergelar pelajar. Kekadang juga ada terpikir apa akan berlaku pada hari yang mendatang. Adakah akan melonjak ke platform yang lebih baik atau sekadar di takuk dan platform yang sama tanpa membuat apa apa perubahan dalam diri. Pelbagai persoalan mula bermain di buah fikiran dan otak pula ligat memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik dalam kehidupan. Orang tidak akan menilai kita pada permulaan tetapi orang akan menilai kita pada penyudahan. Sungguh pun pada mulanya kita berada pada tahap yang memberangsangkan tetapi jika di pertengahannya tidak di jaga pasti penyudahannya akan kecundang dan tersungkur dan pada masa itu jugalah terasa pelbagai bentuk tomahan dilemparkan. Setiap pandang orang berbeza dan biasanya jika perangai kita teruk orang tidak menuding jari ke arah kita walaupun acapkali kita membuat kesalahan tetapi orang akan menuding jari ke arah orang tua kita. Persoalan yang selalau berada di dalam fikiran mereka adalah bagaimana cara orang tua dia mendidik dia sampai sebegitu rupa jahil mereka. Kehidupan kita sebagai umat islam sebagai orang adalah tidak sama dengan kehidupan agama lain. Tidak semestinya orang yang berbuat jahat akan dibalas jahat dan orang yang keperibadiannya baik akan dibalas dengan baik. Peribahasa 'kehidupan sama seperti roda' adalah tidak relevan. Kadang kadang duduk diam dan memencilkan diri lebih baik daripada buat huru hara dan bersikap sederhana la paling terbaik daripada menunjuk nunjuk. Kehidupan kini jauh lebih mencabar dan ekstrem dari zaman dahulu. Penjajahan minda semakin tersebar dengan begitu pantas. Walaubagaimana pun, kita sebagai manusia perlu bersiap sedia setiap masa untuk mengelakkan perkara yang sama berulang kembali. Biasanya untuk kali kedua adalah lebih teruk daripada yang pertama. kehidupan adalah realiti dan bukan cerita fantasi atau dongeng yang boleh ditokok tambah untuk santapan tatkala membaca atau bercerita. Kehipun yang sempurna adalah mempunyai jati diri yang baik dan keteguhan iman yang tinggi. kehidupan seseorang itu hanya boleh ditentukan oleh dirinya sahaja tanpa ada paksa mentaliti , fizikal , rohani , spiritual dan emosi.

sesuatu kehidupan tanpa dipedulikan orang - gambar hiasan


sentiasa memikirkan kehidupan yang mendatang - gambar hiasan


masih jauh lagi perjalanan seseorang itu yang harus ditempuh - gambar hiasan


jalan kehidupan yang harus ditentukan - gambar hiasan


perjalanan yang tanpa arah tujuan - gambar hiasan


matlamat yang jitu yang patut ada dalam diri - gambar hiasan

No comments:

Post a Comment